Saturday, October 16, 2010

Bau ayam kurang menyenangkan ?

Kadang-kadang ayam yang dibeli siap proses mempunyai bau yang kurang menyenangkan. Bau yang dimaksudkan adalah bau hanyir atau dipanggil chicken odour. Keadaan ini berbeza dengan bau ayam yang sudah lama di simpan dalam freezer atau dah rosak.Dua sebab , pertama : kedai / pusat penyembelihan tersebut tidak mencuci dengan bersih darah ayam yang tertinggal , kedua : bakteria yang telah terhasil setelah ayam tersebut di proses. Ada pelabagai cara atau petua yang diperturunkan kepada saya. Mari kita kongsi bersama :-

1. Menggunakan Garam
- petua ini diberikan oleh seorang kawan , saya belajar sedikit sebanyak masakan thailand dari dia. Gunakan garam kasar (garam biasa pon boleh). Gosokkan garam keseluruhan ayam dan biarkan sebentar dalam 8 - 10 minit. Kemudian cuci semula ayam tersebut. Ada 2 sebab kenapa garam mampu membuang bau ayam. pertama : garam tersebut menghidratkan cecair atau lendir pada ayam tersebut melalui proses osmosis dan langsungbau tersebut hilang beserta air yang terhidrat. Kedua : garam adalah agen anti bakteria semulajadi , langsung mematikan kuman yang menyebabkan bau yang kurang menyenangkan.

2. Menggunakan cuka
- petua ini diperturnkan oleh seorang kawan yang menjual ayam goreng RM 1 di Pulau Pinang. Saya dapati petua ini sangat berkesan dan ayam menjadi sangat bersih dan hilang bau. pagi para ibu-ibu dirumah yang berusaha mencuci ayam sehingga tiada setitis darah, petua ini amat berguna. setelah ayam dibasuh bersih , rendamkan didalam air sejuk yang dicampur dengan 2-3 sudu cuka makan. rendam selama 20 - 30 minit (sambil itu kita boleh buat kerja lain seperti masak nasi !) kemuadin toskan ayam tersebut sehingga kering. ayam akan menajdi sedikit pucat kerana cuka menyebabkan darah yang berlebihan pada ayam tersebut kering. malah ayam yang dimasak akan mempunyai tekstur daging yang lebih anjal dan kurang lunyai.

3. Menggunakan tepung
- ini adalah petua biasa suri rumah di Malaysia. ayam dilumur dengan 3-4 sudu tepung dan bilas dengan air sebanyak mungkin. petua ini amat berkesan namun mememrlukan usaha yang lebih kerana ayam perlu disental agar lendir/cairan pada isi ayam turut tanggal bersama tepung tersebut. tapi ... usaha ini menunjukkan betapa kasihnya ibu dan isteri dalam usaha menyediakan yang terbaik untuk seisi keluarga. Tak begitu puan ? :) ...

No comments:

Post a Comment